Pusat Perubatan An-Nisa’ (PPAN) yang berlokasi di Jalan Sultan Ibrahim, 15050 Kota Bharu, Kelantan  telah ditubuhkan pada 28 Mei 1995 dan merupakan hospital bersalin swasta pertama yang berkonsepkan syariah di Negeri Kelantan.

Bernaung di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan anak syarikat Permodalan Kelantan Berhad (PKB) menjadikan PPAN pilihan utama masyarakat tempatan untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan terutamanya bagi perkhidmatan bersalin ataupun untuk ibu dan anak.

Sejajar dengan konsep islamik dan mesra ibadah yang ditampilkan, hampir keseluruhan kumpulan perubatan dan kakitangan kami adalah terdiri daripada golongan wanita